Tumbuk kepala bapa tiri, lelaki dipenjara 8 bulan
BULETIN TV3
23 Februari 2025

Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk kepala bapa tirinya.
Ahmad Najmi Mohd, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.
Tertuduh didakwa menyebabkan cedera ke atas mangsa berusia 59 tahun dengan menumbuk kepalanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini, jam 1.30 tengah hari pada 27 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu 29 Januari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus.