Translate

23 February 2025

Pemandu rentung dalam kereta selepas terbabit kemalangan



Pemandu rentung dalam kereta selepas terbabit kemalangan

BULETIN TV3

23 Februari 2025

Pemandu sebuah kereta ditemui rentung dalam kenderaannya yang terbakar ketika kemalangan di KM5.6 susur keluar Setia Tropika, Kempas, hari ini.- FOTO JBPM


JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta ditemui rentung dalam kenderaannya yang terbakar akibat kemalangan di Kilometer 5.6 susur keluar Setia Tropika, Kempas, di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Taufiq Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.58 pagi.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah Honda City terbakar kira-kira 90 peratus.





“Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat seorang mangsa rentung dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, di sini.

Katanya, nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED