Translate

06 February 2025

Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk



Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk

Bernama

06/02/2025


Zakaria berkata, pegawai masjid harus menghormati pihak berkuasa agama kerana JAIPk bertanggungjawab menentukan kandungan khutbah yang sesuai. - Gambar hiasan


IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib jabatan itu akan memutuskan sebarang tindakan terhadap seorang khatib yang didakwa membacakan teks Khutbah Jumaat Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 31 Jan lepas.

Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd. Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar dan segala dapatan diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk.

"Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib itu akan memutuskan sebarang tindakan lanjut selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018.

"Pegawai masjid harus menghormati pihak berkuasa agama kerana JAIPk bertanggungjawab menentukan kandungan khutbah yang sesuai. Oleh itu, pegawai masjid perlu menunaikan amanah dengan baik dan mengikuti peraturan sedia ada," katanya menerusi kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zakaria berkata pihaknya mengingatkan semua pegawai masjid di negeri ini supaya mematuhi segala peraturan ditetapkan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara negatif.

Sebelum ini, polis menyerahkan siasatan kes khatib tidak membacakan khutbah Jumaat disediakan pihak berkuasa agama negeri kepada JAIPk untuk siasatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata pihaknya merakam keterangan dua individu yang tampil membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'A Singaporean woman kidnapped in the Philippines r' 53 secs ago
A visitor from Muar town viewed 'suspect Phoenix' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bill O'Reilly angkuh, jahil dan tidak faham Asia T' 20 mins ago
A visitor from New york viewed 'Facebook, TikTok, WhatsApp, Telegram are online pl' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Central viewed 'Facebook, TikTok, WhatsApp, Telegram are online pl' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Facebook, TikTok, WhatsApp, Telegram are online pl' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Central viewed 'Facebook, TikTok, WhatsApp, Telegram are online pl' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ministry of Communications introduces CEMI, financ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'suspect Phoenix' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 3 hrs 42 mins ago