Translate

02 February 2025

Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat



Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat

Bernama

02/02/2025


Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Serian KM187 hingga KM187.7 dinaiki air dari kedua-dua arah. Empat seksyen di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak terjejas akibat banjir. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini manakala di Sabah merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding malam tadi.

Di SARAWAK, sebanyak 12,116 mangsa masih di tempatkan di 62 buah PPS setakat 8 pagi tadi dengan enam bahagian terjejas, berbanding 12,423 mangsa malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah mangsa dipindahkan di Bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) adalah 5,184 orang dan Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) seramai 2,617 mangsa,

Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) pula merekodkan 1,926 mangsa; Bahagian Sibu (daerah Sibu, Selangau dan Kanowit) 1,189 mangsa; Bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru) mangsa yang dicatatkan adalah 1,138 orang; manakala Bahagian Mukah (daerah Mukah dan Matu) 62 orang.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir sedikit meningkat kepada 1,651 orang daripada 537 keluarga pada pukul 8 pagi ini, berbanding 1,485 orang daripada 493 keluarga pada malam tadi.

Sekretariat JPBN Sabah melaporkan daerah Tongod yang pulih petang semalam, kembali dilanda banjir dengan dua PPS dibuka, menjadikan lima daerah yang masih dilanda banjir.

Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 819 mangsa (301 keluarga), diikuti Lahad Datu kekal dengan 520 mangsa (140 keluarga), Tongod dengan 155 mangsa (41 keluarga), Beaufort kekal dengan 110 mangsa (32 keluarga) dan Paitan dengan 47 mangsa (23 keluarga).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Manchester United announce new 100,000-seat stadiu' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MOT lanjut pemeriksaan Puspakom 30 hari awal sebel' 39 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Bufet Buka PuasaTerbaik bawah RM99.00 - D'Saji Dew' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 5 hrs 58 mins ago