Translate

18 February 2025

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi



JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi

Bernama

17/02/2025


Nancy berkata 17,290 wanita telah menerima manfaat melalui pelbagai program, kursus dan latihan serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata 17,290 wanita telah menerima manfaat melalui pelbagai program, kursus dan latihan serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan.

"Antara contoh program yang dilaksanakan bagi memperkukuhkan ekonomi kaum wanita khususnya ibu tunggal dan suri rumah yang kehilangan ketua rumah tangga ialah program berasaskan konsep circular economy, iaitu Program Ekonomi Pembangunan Mampan (OMEGA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Program ini merupakan sebahagian daripada program kemahiran dengan matlamat menjana pendapatan peserta melalui penghasilan produk yang mempunyai nilai komersial dari sumber bahan-bahan terbuang atau terpakai," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang ingin tahu pelaksanaan bentuk program sokongan bagi merangsang status ekonomi kaum wanita dan keluarga yang kehilangan ketua rumah tangga serta statistik kumpulan itu yang terdapat dalam Parlimen Kuala Kedah.

Nancy berkata daripada jumlah itu 1,043 wanita di negeri Kedah termasuk ibu tunggal telah menerima manfaat melalui 49 program yang telah dilaksanakan.

"Peserta bagi program OMEGA di Kedah, ia meliputi pelbagai kawasan termasuk Alor Setar, Sungai Petani, Padang Serai, Pendang, Lunas, Baling dan banyak lagi. Pada tahun 2024, seramai 27 orang wanita dari negeri Kedah telah menyertai program ini.

"Alhamdulillah, lebih 65 peratus daripada mereka telah berjaya meningkatkan 50 peratus jumlah pendapatan berbanding sebelumnya," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 35 mins ago