Translate

02 February 2025

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati



Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati

Bernama

02/02/2025


Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada kira-kira 4.30 petang semalam. - Gambar hiasan


PORT DICKSON: Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin di sini berikutan terdapat penampakan buaya di sekitar kawasan itu sejak semalam.

Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata pihak Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada kira-kira 4.30 petang semalam.

"Sebaik sahaja aduan diterima, beberapa petugas jabatan ke lokasi dan siasatan awal mendapati memang ada seekor buaya terapung di laut dengan panjang anggaran dua meter.

"Hasil siasatan awal mendapati buaya ini bergerak sejauh 50 meter dan sentiasa ulang-alik di kawasan tersebut sejak malam sebelumnya, jika air surut ia nampak lebih jelas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Faizal Izham berkata pemantauan berterusan akan dilakukan di kawasan aduan bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.

"Insya-Allah jika tiada masalah, kita akan cuba pasang perangkap di kawasan bakau dan tengok pada kesesuaian kerana pada waktu malam haiwan ini akan bergerak ke kawasan tersebut," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga keselamatan diri dan keluarga, selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya tersebut serta segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan atau pihak berkuasa lain.

--BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Manchester United announce new 100,000-seat stadiu' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MOT lanjut pemeriksaan Puspakom 30 hari awal sebel' 34 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Bufet Buka PuasaTerbaik bawah RM99.00 - D'Saji Dew' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 3 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari i' 5 hrs 57 mins ago