Translate

02 February 2025

Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama



Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama

Bernama

02/02/2025


Jumlah kenderaan meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK). - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah kenderaan meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), namun setakat 3.30 petang ini trafik masih terkawal.

Jurucakap itu memaklumkan di Utara tanah air, aliran trafik dilaporkan perlahan di Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Terowong Meru ke Ipoh dan Gopeng ke Bidor.

"Walaupun bergerak perlahan, trafik terkawal dan hal ini ini turut dipengaruhi oleh cuaca baik di lebuh raya utama yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdapat beberapa kemalangan berlaku, katanya namun tidak mengakibatkan sebarang kesesakan kepada pengguna jalan raya antaranya di KM359.7 PLUS arah Selatan dari Sungkai ke Slim River.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Manchester United announce new 100,000-seat stadiu' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MOT lanjut pemeriksaan Puspakom 30 hari awal sebel' 37 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Bufet Buka PuasaTerbaik bawah RM99.00 - D'Saji Dew' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 5 hrs 27 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pi' 5 hrs 55 mins ago