32 laporan diterima polis berkaitan kes tipu pelaburan didalangi Datuk
BULETIN TV3
23 Februari 2025

Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menerima 32 laporan membabitkan kerugian RM1,398,205 oleh mangsa yang tertipu dengan program pelaburan saham oleh lelaki bergelar Datuk.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi tempoh 19 Januari lalu hingga kelmarin, pihaknya sudah menerima 32 laporan polis membabitkan dakwaan penipuan pelaburan membabitkan sebuahgh syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Menurutnya, sejumlah 15 kertas siasatan sudah dibuka mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu membabitkan nilai kerugian berjumlah RM638,205.
“Siasatan awal mendapati syarikat ini ditubuhkan pada 24 Februari 2022 dan memiliki dua pengarah syarikat termasuk Datuk terbabit yang dilantik sebagai pengarah syarikat pada 10 Mei 2022.
“Kesemua kertas siasatan masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Ramli berkata, semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu mempunyai modal berbayar RM6.9 juta dan 179 pemegang saham membabitkan 175 individu dan empat syarikat.
“Daripada 15 kertas siasatan dibuka 11 mangsa berdaftar sebagai pemegang saham,” katanya.
Media semalam melaporkan seramai 65 individu tampil membuat aduan kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa ditipu individu bergelar Datuk berhubung pelaburan saham membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta.