Translate

25 February 2025

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN



15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN

Bernama

25/02/2025


Razarudin berkata kesemua mangsa didapati berada di Myanmar sejak 2023 dan 2024 selepas terperdaya dengan tawaran kerja di laman media sosial. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar


KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta penipuan cinta atau love scam.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua individu terdiri daripada 12 lelaki serta tiga wanita berusia antara 21 hingga 45 tahun itu turut dipaksa menjadi juruteknik komputer dan telefon bimbit bagi melancarkan urusan aktiviti penipuan terbabit.

Beliau berkata kesemua mangsa didapati berada di Myanmar sejak 2023 dan 2024 selepas terperdaya dengan tawaran kerja di laman media sosial.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Keterangan 15 individu itu telah selesai dirakam pihak polis dan mereka kini diserahkan kepada keluarga masing-masing.

"Setakat ini, kesemua mereka memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman percakapan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Razarudin berkata hasil pemeriksaan pegawai perubatan juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang berlaku kepada mangsa.

"Hasil semakan pihak Jabatan Imigresen mendapati kesemua pergerakan keluar mangsa adalah sah dengan melalui jalan yang diwartakan," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan 15 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar berjaya dibawa pulang dan tiba di tanah air hari ini.

Kesemua mangsa selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan diserahkan kepada pihak polis bagi dirakam keterangan untuk membantu proses siasatan selanjutnya.

Sebelum ini, Kementerian Luar dilaporkan berkata mereka adalah antara 261 mangsa yang diselamatkan daripada sindiket penipuan itu dan diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand pada 12 Feb lepas.

Seramai 261 mangsa diselamatkan pihak berkuasa Myanmar di bandar sempadan KK Park dan Shwe Kokko sebelum dipindahkan ke Thailand untuk proses penghantaran pulang ke negara masing-masing.

Proses dokumentasi kemudian dilakukan pihak berkuasa Thailand sebelum proses penghantaran pulang mangsa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 4 hrs 49 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 32 mins ago