Translate

07 December 2024

93 warga asing ditahan dalam serbuan di Ampang Jaya - JIM



93 warga asing ditahan dalam serbuan di Ampang Jaya - JIM

Bernama

06/12/2024


Jabatan Imigresen (JIM) menahan 93 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya malam tadi. - Foto Facebook JIM


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 93 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Pakistan dalam lingkungan umur empat bulan hingga 55 tahun.

Beliau berkata operasi bermula 12.30 tengah malam itu melibatkan 162 pegawai daripada lbu Pejabat JIM Putrajaya dan dibantu lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Dalam operasi ini, JIM telah memeriksa 189 individu susulan aduan awam mengenai pendatang tanpa izin yang disyaki tinggal di kawasan perumahan tersebut.

"Terdapat warga asing cuba melarikan diri daripada anggota operasi dan kawasan serbuan merupakan kawasan jenis pangsapuri yang dihuni oleh warga asing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED