Translate

27 November 2024

PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM



PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM

Bernama

27/11/2024


BNM berkata, antara lain, syarikat boleh mengurangkan kos operasi perniagaan dengan menggunakan inisiatif kecekapan tenaga. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu segera mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) dalam operasi perniagaan untuk mengekalkan daya saing di pasaran dan memastikan kelebihan mampan dalam jangka panjang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut bank pusat, penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu seperti di Kesatuan Eropah telah memberi kesan kepada pengeksport langsung dan tidak langsung Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Sehubungan itu, langkah ini mungkin akan mempengaruhi kaedah PKS menjalankan perniagaan pada masa depan, terutama berikutan permintaan untuk pembekal mematuhi amalan ESG yang terus meningkat, kata BNM semasa bengkel media bertajuk "Sustainability in Financial Sector: Greening Finance and Financing Green" di sini pada Selasa.

"Selain itu, kemampuan untuk bertahan akan menjadi antara sebab utama untuk PKS mengintegrasikan ESG dalam perniagaan mereka.

"Terdapat beberapa kos dan pelaburan yang perlu dilakukan PKS untuk melaksanakan langkah peralihan, tetapi ini akan memberikan manfaat jangka panjang untuk perniagaan," kata BNM.

Bank pusat berkata syarikat misalnya boleh mengurangkan kos operasi perniagaan dengan menggunakan inisiatif kecekapan tenaga.

Menurut BNM, ia akan terus memudahkan peralihan PKS kepada ESG menerusi dana berkaitan seperti kemudahan peralihan karbon rendah dan kemudahan berteknologi tinggi dan hijau.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED