Translate

14 October 2024

Penerbangan ke New York dilencongkan ke Delhi akibat ancaman bom



Penerbangan ke New York dilencongkan ke Delhi akibat ancaman bom

Bernama

14/10/2024


Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin. - Gambar fail/AP


NEW DELHI: Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin, dengan sebuah pesawat yang menuju ke New York dilencongkan ke New Delhi sebagai langkah keselamatan.

Penerbangan Air India AI119 menerima "amaran keselamatan khusus," menyebabkan ia dilencongkan ke Delhi dan semua penumpang diminta meninggalkan pesawat Boeing 777, menurut laporan media tempatan memetik kenyataan jurucakap syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, satu penerbangan ke Muscat dan satu lagi ke Jeddah, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan IndiGo turut menerima ancaman bom.

Kedua-dua pesawat dialihkan ke kawasan terpencil di Mumbai untuk pemeriksaan keselamatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED