Translate

08 October 2024

LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB Lekas Highway Ride 2024.



LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB Lekas Highway Ride 2024.

Bernama

08/10/2024


Menerusi hantaran di Facebook, LEKAS Highway Ride memaklumkan lebuh raya itu akan ditutup Sabtu ini dan menyarankan pengguna memarkir kereta di Bandar Teknologi Kajang. - Facebook Lekas Highway Ride

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) akan ditutup Sabtu ini mulai 5 petang hingga 4 pagi Ahad bagi memberi laluan kepada acara lumba basikal RHB LEKAS Highway Ride 2024.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata acara berkenaan akan dimulakan pada 7.45 malam (Sabtu) dan antara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.

"Turut ditutup LEKAS ke Ecohill, Jalan Bangi Lama ke LEKAS dan Jalan Eco Majestic menghala ke LEKAS," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Naazron menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka pada hari tersebut dan mengelak daripada melalui jalan terlibat selain mematuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas.

"Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar dan selamat," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED