Translate

08 October 2024

ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas



ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas

Astro Awani

08/10/2024


Khan menegaskan pejabatnya sedang menyiasat jenayah yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Hamas dan Israel. - Foto fail/REUTERS

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) masih tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa tokoh utama Palestin dan Israel.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan menuduh pemimpin-pemimpin itu bertanggungjawab terhadap pelbagai jenayah perang dan kemanusiaan.

Individu yang diburu termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar; komander sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam, Mohammed Diab Ibrahim Al-Masri, atau lebih dikenali sebagai Deif serta bekas ketua biro politik Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel julai lalu, Ismail Haniyeh.

Selain itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant juga menjadi buruan ICC.

Mengenai pemimpin Hamas, Khan berkata, terdapat alasan munasabah untuk mempercayai mereka bertanggungjawab terhadap kematian ratusan orang awam Israel dalam serangan 7 Oktober tahun lalu dan penculikan 245 tebusan.

Khan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapati jenayah-jenayah ini tidak mungkin dilakukan tanpa tindakan mereka.

Tegasnya, Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab atas jenayah perang, termasuk menyebabkan kebuluran orang awam sebagai taktik peperangan.

Mereka juga sengaja menyebabkan penderitaan mega, serangan terhadap penduduk awam, pembunuhan besar-besaran, serta tindakan tidak berperikemanusiaan yang lain.

Minggu lalu, Kementerian Luar Israel telah memfailkan petisyen untuk merayu terhadap waran tersebut, menyatakan ICC gagal memberi Israel peluang untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pendakwa sebelum meneruskannya.

Bagaimanapun, Khan menegaskan pejabatnya sedang menyiasat jenayah yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Hamas dan Israel, sambil menambah, tiada sebarang permohonan dari Israel sejak 2021 hingga hari ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED