Translate

27 July 2024

Bekas Menteri Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.


Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bernama
27/07/2024 






KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya

Allahyarham, bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun.
"Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman baru sahaja di jemput menemui penciptanya (11:23pm). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

"Banyak Arwah titipkan nasihat dan pesanan kepada saya selama ini. Pastinya akan saya simpan kemas dalam hati sebagai azimat dan panduan, " katanya.
Sementara itu, anak sulung kepada Siti Zaharah, Timoer Dzakry Samarudin memberitahu Bernama, ibunya meninggal dunia di Hospital Serdang, dekat sini.
Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada 11.30 pagi ini.

Anak perempuan Siti Zaharah, Siti Amalia turut berkongsi berita sedih itu di laman Facebooknya.
"Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji'un. Al-Fatihah. Semua yang ada tidak ada yang kekal. Setiap yang hadir dalam hidup akan kembali kepada Pencipta-Nya. Damailah ibu di sana.

"Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan ibu yang telah banyak berkorban dan penyayang kepada kami ... sungguh, telah pergi nikmat yang besar ini. Moga kami terus menjadi hamba-Mu yang bersyukur," katanya.
Siti Zaharah yang juga Pengerusi Institut Kemajuan Wanita Malaysia (IKWAM) dilahirkan pada 24 April 1949 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan antaranya Timbalan Perancangan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980-1986), Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (1986), Timbalan Menteri Kesihatan (1995-1999) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1999-2004).

Dalam politik, beliau pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Pahang, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Mentakab, Ahli Parlimen Paya Besar dan Ketua Wanita UMNO.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 7 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik | ' 20 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 21 mins ago
A visitor from Oakland viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta dit' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 24 mins ago