Translate

19 July 2024

Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol

 Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol

Bernama

18/07/2024 




KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu, bulan lepas.

Hakim Dr Azrol Abdullah membuat keputusan itu terhadap Inderjit Singh, 45, selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat perkembangan baharu berhubung kes berkenaan.

"Hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi fakta kes dan hukuman kerana pada prosiding sebelum ini tertuduh telah mengaku bersalah, namun pada hari ini, pihak kami dimaklumkan terdapat perkembangan baharu.



"Oleh itu, pada peringkat ini pihak pendakwaan memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan sementara menunggu arahan selanjutnya," kata Muhammad Muhairi.

Mengikut pertuduhan, Inderjit didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, Sukhvinder Kaur di sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul di sini pada 3 petang, 5 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 min ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 3 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Online fraud causes over RM19 million in losses fr' 6 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 9 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya' 24 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di ' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 52 mins ago