Translate

28 July 2024

Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin

 Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin

ASTRO AWANI

28/07/2024 Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad ketika hadir memberi keterangan. - Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad ketika hadir memberi keterangan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

"Kita akan mohon perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok (Isnin) pagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.



Difahamkan penahanan itu ada kaitan dengan pendedahan ke atas dakwaan isu korupsi dan rasuah oleh pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jumaat lalu, polis dikatakan menyerbu rumah Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu namun ketika itu dia berada di Tambun, Perak bagi menghadiri Himpunan Mahkamah Rakyat Hukum Anwar.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 5 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 25 mins ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 28 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 7 hrs 27 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 7 hrs 53 mins ago