Translate

23 July 2024

Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi dikongsi di media sosial Officialsultanibrahim





Astro Awani
22/07/2024 

Sultan Ibrahim mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Media sosial Officialsultanibrahim malam ini memuat naik sebuah video berdurasi satu minit memaparkan rangkuman Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Istana Negara pada Sabtu lalu.
Video penuh bersejarah itu menyiarkan Sultan Ibrahim ditabal dalam istiadat penuh tradisi, dengan keberangkatan tiba Raja-Raja Melayu, kerabat diraja dari luar negara seperti Brunei dan delegasi-delegasi kenamaan.
"Insya-Allah dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya akan memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas serta meneruskan pemerintahan yang mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat," memetik lafaz ikrar Seri Paduka Baginda yang dimuat naik dalam klip video tersebut.
Dalam istiadat penuh gilang-gemilang itu, Sultan Ibrahim mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan.
Istiadat pertabalan dihadiri 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komuniti diplomatik asing serta pemimpin-pemimpin utama negara.
Sultan Ibrahim yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.
Pelantikan Sultan Ibrahim adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang tamat tempoh pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'PEGUAM ULAS ISU TERKINI ARWAH ADIK ZAYN RAYYAN | B' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEGUAM ULAS ISU TERKINI ARWAH ADIK ZAYN RAYYAN | B' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PEGUAM ULAS ISU TERKINI ARWAH ADIK ZAYN RAYYAN | B' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kilauan 1.6 juta lampu LED | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah Belasah Peni' 1 hr ago
A visitor from Perai viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 1 hr 41 mins ago