Translate

30 May 2024

Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM



Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM

Bernama

30/05/2024

Hamidin berkata kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak negara. - Gambar fail/Bernama

Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM

Hamidin berkata kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak negara. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu untuk tempoh tiga tahun sehingga Disember 2026.

FAM memaklumkan perkembangan itu menerusi kenyataan tanpa mendedahkan nilai tajaan selepas kedua-dua pihak telah bekerjasama sejak 2019.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak negara.







"Ia juga memberi mesej penting kepada penyokong-penyokong skuad kebangsaan di luar sana bahawa FAM bukan sahaja mampu memberikan nilai tambah kepada barisan penajanya, malah dapat memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi negara.

"Saya percaya dengan kehadiran MAB sebagai penaja utama FAM dan skuad bola sepak kebangsaan, pelbagai kejayaan akan dapat digapai bersama. Semoga jalinan kerjasama ini akan memacu dua organisasi ini ke arah kecemerlangan," katanya menerusi kenyataan sama.

FAM berkata dokumen perjanjian penajaan itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman dan Ketua Pegawai Komersial Penerbangan MAB Dersenish Aresandiran, sambil disaksikan oleh Hamidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAB Ahmad Luqman Mohd Azmi di sebuah hotel di Sepang pada Isnin lepas (27 Mei).

Sementara itu, Ahmad Luqman berkata MAB berbangga kerana dapat terus menyalurkan khidmat kepada skuad Harimau Malaya serta memberi sokongan berterusan kepada FAM melalui kerjasama yang telah masuk tahun keenam secara berturut-turut.

"Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, kami amat berbesar hati dapat meneruskan kesinambungan usaha dan tanggungjawab kami dalam membawa bendera Malaysia ke arena antarabangsa, selain menyokong pembangunan sukan negara.

Malaysia Airlines pada Mac lepas menjalinkan kerjasama dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United sebagai syarikat penerbangan rasmi kelab terkemuka itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 15 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 17 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 26 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 3 mins ago