Translate

24 May 2024

Tidak pernah menggoda atau mempunyai hubungan dengan Ebit Lew - Saksi Wanita 40-an



Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi

Bernama



Ebit Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar fail

TENOM: Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.

Wanita berusia 40-an itu berkata dia menghubungi Ebit Lew hanyalah untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan dan tertuduh pada masa sama juga mengambil berat terhadap masalahnya.

Saksi itu berkata tertuduh akan memberi pujian sebelum menghantar mesej-mesej berunsur lucah selain meminta dia menghantar gambar kepadanya.


"Saya pun tidak pernah terfikir untuk jalinkan hubungan dengan Ebit (Lew) , apa lagi untuk tujuan seks. Saya masih lagi layan mesej-mesej beliau sehingga ada ketika saya ikut kehendak beliau yang meminta gambar saya," katanya.

Wanita itu berkata demikian di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terbabit hari ini.

Saksi berkata dia dikecam apabila membuat laporan polis terhadap Ebit Lew malah ada pihak yang mendakwa dia memfitnah tertuduh.

"Saya tidak ada keperluan (memfitnah tertuduh) dan saya tidak fitnah dia. Apa yang dia buat itu (gangguan seksual) memang betul dan dia (mempunyai) ramai mangsa pun betul sebab dia mengaku kepada saya pada 29 Julai 2021," katanya yang turut membuat pengecaman terhadap tertuduh.

Wanita itu berkata sepanjang Mac hingga Jun 2021, selain menerima mesej lucah, Ebit Lew juga membuat panggilan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp, panggilan video dan mesej di Instagram.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 4 hrs 29 mins ago