Translate

26 May 2024

Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah



Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

Bernama

26/05/2024
Lembaga Tabung Haji akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

Lembaga Tabung Haji akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

SEPANG: Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Ditemui pemberita selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.

"Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.




"Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah," katanya.

Mohd Na'im berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

"Saya sendiri telah hubungi waris iaitu anak Allahyarham dan menaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya," katanya.

Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fisik sudah tidak mampu melaksanakannya.

Sementara itu, beliau mengingatkan bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh perhatian terhadap ibadat haji serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata operasi haji dikendalikan TH ketika ini berjalan lancar, dengan 16,000 bakal jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Mekah sejak penerbangan pertama pada 9 Mei.

"TH sentiasa diingatkan untuk memberikan beri perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji.

"Saya ingin nasihat jemaah haji yang telah tiba di tanah suci dan akan berangkat supaya sentiasa perkukuh ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji," katanya.

Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun.

-- BERNAMA\

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kes Zayn Rayyan 'Stressnya sampai rasa nak bunuh o' 39 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 6 hrs 41 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 6 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 7 hrs 28 mins ago