Translate

30 May 2024

Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM



Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM

Bernama

30/05/2024

Hamidin berkata kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak negara. - Gambar fail/Bernama

Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM

Hamidin berkata kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak negara. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu untuk tempoh tiga tahun sehingga Disember 2026.

FAM memaklumkan perkembangan itu menerusi kenyataan tanpa mendedahkan nilai tajaan selepas kedua-dua pihak telah bekerjasama sejak 2019.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kerjasama itu bukan sahaja mencerminkan kesetiaan, tetapi turut menunjukkan dedikasi serta komitmen MAB terhadap arena bola sepak negara.







"Ia juga memberi mesej penting kepada penyokong-penyokong skuad kebangsaan di luar sana bahawa FAM bukan sahaja mampu memberikan nilai tambah kepada barisan penajanya, malah dapat memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi negara.

"Saya percaya dengan kehadiran MAB sebagai penaja utama FAM dan skuad bola sepak kebangsaan, pelbagai kejayaan akan dapat digapai bersama. Semoga jalinan kerjasama ini akan memacu dua organisasi ini ke arah kecemerlangan," katanya menerusi kenyataan sama.

FAM berkata dokumen perjanjian penajaan itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman dan Ketua Pegawai Komersial Penerbangan MAB Dersenish Aresandiran, sambil disaksikan oleh Hamidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAB Ahmad Luqman Mohd Azmi di sebuah hotel di Sepang pada Isnin lepas (27 Mei).

Sementara itu, Ahmad Luqman berkata MAB berbangga kerana dapat terus menyalurkan khidmat kepada skuad Harimau Malaya serta memberi sokongan berterusan kepada FAM melalui kerjasama yang telah masuk tahun keenam secara berturut-turut.

"Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, kami amat berbesar hati dapat meneruskan kesinambungan usaha dan tanggungjawab kami dalam membawa bendera Malaysia ke arena antarabangsa, selain menyokong pembangunan sukan negara.

Malaysia Airlines pada Mac lepas menjalinkan kerjasama dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United sebagai syarikat penerbangan rasmi kelab terkemuka itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Macam Negara Koboi Dibuatnya Tengok Apa Berlaku | ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan tren penumpang laluan Pasir Gudang-Ke' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Aplikasi Air Selangor 2.0 ditambah baik, aduan keb' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPN peroleh kebenaran mulakan prosiding komital ke' 35 mins ago