Translate

26 May 2024

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

 13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Bernama

26/05/202413 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun. - Gambar fail/Bernama

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan di bangunan pejabat sekitar Jalan Chulan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua wanita yang berumur 19 hingga 45 tahun itu ditahan pada 1.30 pagi kerana disyaki menyalahgunakan dokumen perjalanan bagi tujuan bekerja.

Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun.

"Polis juga merampas peralatan muzik iaitu tiga monitor, dua penerima mikrofon, empat mikrofon, sebuah pengadun audio, dua digital audio, tiga speaker dan empat amplifier.

"Empat pengurus premis direman sehari bermula hari ini manakala 13 wanita warga asing direman 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 41 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 3 hrs 37 mins ago