Translate

26 May 2024

KONSERT AMAL LEGENDS - RAMLI SARIP, KHATIJAH IBRAHIM, AWIE DAN RAHIMAH OLEH KARYAWAN UNTUK BANTU PENGGIAT SENI VETERAN

 






 Konsert "Legends" ini akan menampilkan 4 Artis legenda yang telah membina industri seni tanahair selama ini iaitu Ramli Sarip, Awie, Khatijah Ibrahim dan Rahimah Rahim. 


Ia akan diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 2 Jun 2024.

Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata keempat-empat artis adalah legenda dalam hak mereka sendiri dan mempunyai pangkalan peminat setia ."Ia menjanjikan persembahan yang hebat kerana mereka akan membawa penonton ke lorong ingatan dengan mempersembahkan lagu-lagu hits mereka dari tahun 1980-an hingga hari ini."


Mereka akan diiringi oleh pemuzik berbakat dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dibawah kelolaan Profesor Ramlan Imam.

Tarikh: Ahad 2 Jun 2024

Masa: 8.00-11.00 Malam

Tempat: Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur 54000

Artis:

DATUK KHATIJAH IBRAHIM

DATUK RAMLI SARIP

DATUK AWIE (WINGS)

RAHIMAH RAHIM


Karyawan berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang gemilang yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut :-

1. Penaja Meja Berlian - RM 100,000

2. Penaja Meja Platinum - RM 50,000

3. Penaja Meja Emas - RM 10,000

4. Penaja Meja Perak - RM 5,000

5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

Tiket untuk individu juga ada dijual dengan harga RM200.00

Pihak yang berminat, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi talian Dato’ Freddie Fernandez di talian 012-2071400 / emel fredez2009@gmail.com 





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED