Translate

21 May 2024

Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM

Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM

Bernama

Setiausaha Politik Perdana Menteri memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen Facebook miliknya. - Gambar/ Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Gambar sebuah keluarga yang tular dalam media sosial memaparkan si ibu menggendong bayinya berusia 11 bulan yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi itu ke hospital, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen Facebook miliknya agar pihak beliau dapat menghubungi keluarga berkenaan.

"Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka," katanya dalam catatan Facebook beliau, Farhan Fauzi hari ini.

Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya Norhidayu Halim, 35, dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah tidak mampu membayar tambang teksi kerana mempunyai sumber pendapatan terhad sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

Keadaan itu menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.

Bayi lelaki itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED