Translate

23 May 2024

Polis sahkan CCTV Faisal Halim disimbah asid bahan bukti USJT




 Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid

ASTRO AWANI
Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid

Hussien berkata, polis sudah memulakan siasatan bagi mengesan individu yang menyebarkan rakaman CCTV berdurasi 56 saat itu. - Gambar tangkap layar video viral

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Justeru Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, polis sudah memulakan siasatan bagi mengesan individu yang menyebarkan rakaman litar kamera tertutup (CCTV), berdurasi 56 saat itu.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana berlaku pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedoa 1998.


"Jadi orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video tersebut, menghormati serta menjaga sensitiviti mangsa dan keluarga," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Hussien menegaskan, polis memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang berbuat demikian.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi dan bahagian muka dilindungi kain dalam keadaan berdiri berada di antara beberapa kenderaan lain.

Lelaki itu kemudian meluru ke arah Faisal dan terus menyimbah cecair daripada botol dipegangnya beberapa kali.

Kejadian itu juga disaksikan beberapa individu berhampiran selain wanita dipercayai isteri Faisal.

Turut dilihat ketika kejadian adalah seorang lelaki bermotosikal dipercayai seorang lagi suspek yang menunggu berhampiran kenderaan Faisal.

Sebelum ini, media melaporkan bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan itu diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED