Translate

14 April 2024

Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan


'Saya terkejut' - Isteri pengawal peribadi
Bernama
April 14, 2024
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. - Foto X/UmarShukri05

KUALA LUMPUR: "Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal," demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

"Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan)," katanya kepada Bernama.

Suri rumah sepenuh masa itu berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

AWANI Ringkas: Seorang lelaki cedera insiden tembak di KLIA1
Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.

Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
-- BERNAMA

Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

Bernama

April 14, 2024
PDRM mengetatkan kawalan keselamatan di KLIA berikutan kes tembakan awal pagi tadi. Mohd Affan (kanan). - Foto Bernama,

Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

PDRM mengetatkan kawalan keselamatan di KLIA berikutan kes tembakan awal pagi tadi. Mohd Affan (kanan). - Foto Bernama

SEPANG: Rakan kepada pengawal peribadi yang parah akibat kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi berkata, mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.

Mohd Affan Mohd Aris berkata yang sepatutnya bekerja pada hari kejadian ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata Along sempat menghantar gambar ketika dia mula bertugas, di dalam kumpulan WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.

"Ini dia (Along) sempat hantar gambar badge (lencana) kerja pada 12.48 pagi dengan menulis 'bertugas mengejut malam ini'," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Cyberjaya, di sini hari ini.

Mohd Affan berkata Along juga tidak sempat membalas usikan seorang lagi rakan yang bertanya dalam kumpulan WhatsApp mereka sama ada dia (Along) memerlukan bantuan tambahan kerana bekerja sewaktu musim perayaan.

Sementara itu rakan sekerja Along, Nurhafiza Azizan yang sepatutnya bertugas malam itu berkata beliau mungkin tidak akan dapat mengawal keadaan sebagaimana dilakukan Along sekiranya dia (Nurhafiza) yang bertugas semalam.



-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suri rumah, pesara kerugian lebih RM300,000 | BEST' 10 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 15 mins ago
A visitor from New york viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 16 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 19 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 19 mins ago