Translate

17 April 2024

MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu

 



MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu

Bernama

April 16, 2024

MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.

Menurut kenyataan MIDA pada Selasa, Sikh Shamsul Ibrahim akan menggantikan Datuk Arham Abdul Rahman yang bersara pada 17 April.

"Sejak menyertai MIDA pada 1996, Sikh Shamsul Ibrahim telah memegang pelbagai peranan kepimpinan, termasuk pengarah eksekutif bagi pembangunan pembuatan dan penggalakan pelaburan, dan terbaru sebagai pengarah eksekutif kanan advokasi polisi pelaburan.


"Beliau memberikan perkhidmatan dedikasi kira-kira 28 tahun kepada MIDA, dengan melaksanakan peranan penting dalam menentukan hala tuju strategik agensi ini dan menambah baik persekitaran pelaburan Malaysia," jelas MIDA.

MIDA memaklumkan bahawa Sikh Shamsul Ibrahim mengetuai inisiatif yang secara signifikan meningkatkan pelaburan domestik dan asing, menunjukkan pemahamannya yang mendalam mengenai aliran ekonomi dan advokasi polisi.

"Pelantikan strategik ini membuktikan komitmen MIDA untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan kepelbagaian, sejajar dengan misi membina ekosistem pelaburan yang dinamik dan mampan bagi menarik pelaburan berkualiti," tambah agensi itu.

Sementara itu, MIDA turut memuji Arham atas pencapaiannya yang cemerlang sejak menyertai agensi itu pada 1 April, 2021.

"Di bawah kepimpinannya, MIDA telah menyaksikan pencapaian bersejarah dari segi pelaburan yang diluluskan dan pertumbuhan yang belum pernah dicatatkan sebelum ini dalam bidang seperti pelaburan berteknologi tinggi dan transformasi digital.

"Semua ini telah melonjakkan daya tahan ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat global," tambahnya.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED