Translate

03 April 2024

Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra



Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra

Bernama

April 3, 2024
Bencana itu telah mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik. - Gambar/ Reuters

Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra

Bencana itu telah mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik. - Gambar/ Reuters

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi, Rabu, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi 7.2 magnitud yang berlaku di Hualien, Taiwan pada 7.58 pagi waktu tempatan.

"Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut Wisma Putra.







Bencana itu telah mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, di tingkat 8, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, no telefon: +886 2 2713 2626 atau e-mel mwtaipei@kln.gov.my.

"Malaysia mengucapkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu," kata Wisma Putra.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED