Translate

12 April 2024

Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta yang melanggar tiga rakan mereka

 





Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta

Bernama


April 12, 2024


IPOH: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata empat individu berkenaan ditahan pada jam 4.20 petang Khamis selepas polis mengenal pasti suspek menerusi video tular di laman sosial melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki tersebut.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian memukul pemandu itu berlaku sebaik sahaja selepas nahas jam 8.10 pagi itu.

Pemandu berusia 36 tahun didapati positif ganja membuat laporan polis berkenaan insiden dia dipukul pada kira-kira jam 1 tengah hari pada Khamis.

Ahmad Adnan berkata tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

"Kes memukul ini telah dibuka siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Rabu, tiga lelaki warga Pakistan maut manakala tiga lagi parah dirempuh kereta dipandu suspek ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Dalam kejadian tersebut, kereta Proton Saga dipandu suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabas dan melanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33, manakala tiga yang cedera Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23, dirawat di Hospital Teluk Intan.

Ahmad Adnan berkata pemandu kereta terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Teluk Intan, esok.

Pada masa sama, katanya pemandu berkenaan direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.


-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 12 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, te' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis umum 17 April cuti pe' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serb' 2 hrs 22 mins ago