Translate

02 February 2024

Lagi 'sarang' Pati diserbu polis, JIM- Aksi dirakam oleh Dron PGU Bukit Aman

 '



Panik melihat kehadiran pihak berkuasa, pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menghuni rumah kedai Jalan Sri Sarawak 20, Taman Sri Andalas di Klang, lari lintang-pukang, malah ada yang bertindak berani memanjat bumbung dan cuba bersembunyi.


Malah aksi mereka melarikan diri dan memanjat bumbung itu turut dirakam Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman namun tindakan pantas berjaya menahan seramai 61 Pati menerusi Op Khas Aman 1/2024.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi bermula 11 malam 1 Februari itu dijalankan di rumah kedai terbabit bersama Unit Dron PGU serta Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya.


Menurutnya, seramai 93 warga asing diperiksa di mana hasil pemeriksaan itu 60 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sementara seorang lagi lelaki tempatan ditahan akibat cuba menghalang penjawat awam.


Tambahnya lagi, seramai 31 lelaki warga asing yang ditahan itu terdiri 27 warga Indonesia, Bangladesh seorang dan tiada kerakyatan tiga orang manakala wanita warga asing yang ditahan adalah 29 orang terdiri Indonesia (28) serta tiada kerakyatan seorang.


Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED