Translate

15 February 2024

Jinjing' akhirnya selamat turun dari bumbung rumah pangsa

 '

Jinjing' akhirnya selamat turun dari bumbung rumah pangsa

Bernama

Februari 15, 2024
Lelaki berumur 39 tahun dikenali dengan panggilan "Jinjing" yang memanjat bangunan itu pada malam Isnin lepas, diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi. -Bernama

'Jinjing' akhirnya selamat turun dari bumbung rumah pangsa

Lelaki berumur 39 tahun dikenali dengan panggilan "Jinjing" yang memanjat bangunan itu pada malam Isnin lepas, diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi. -Bernama

SANDAKAN: Selepas lebih dua hari, seorang lelaki dipercayai kurang siuman akhirnya termakan pujuk lalu turun dari bumbung sebuah bangunan rumah pangsa empat tingkat di sini hari ini, dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut kenyataan JBPM Sabah, lelaki berumur 39 tahun dikenali dengan panggilan "Jinjing" yang memanjat bangunan itu pada malam Isnin lepas, diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi.

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.







"Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada 2.08 petang," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, dalam kejadian 8.45 malam Isnin, ahli keluarga lelaki terbabit memujuknya untuk turun, namun tidak diendahkan sehingga mereka membuat panggilan kecemasan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan pada 10.58 malam untuk meminta bantuan.

Sejurus itu, sepasukan anggota dari BBP Sandakan dan Ibu Pejabat Polis Daerah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan lelaki itu dan memujuknya agar turun dari bangunan berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED