Translate

01 February 2024

DBKL tawar kadar khas kompaun trafik, kesalahan am



DBKL tawar kadar khas kompaun trafik, kesalahan am

Bernama

Februari 1, 2024
Orang ramai boleh menyemak dan membayar melalui aplikasi Pay@KL - Foto FB DBKL

DBKL tawar kadar khas kompaun trafik, kesalahan am

Orang ramai boleh menyemak dan membayar melalui aplikasi Pay@KL - Foto FB DBKL

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am yang tidak melibatkan warga asing mulai hari ini hingga 29 Feb sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024.

DBKL menerusi hantaran Facebook memaklumkan tawaran itu antaranya melibatkan kompaun kesalahan lalu lintas seperti kesalahan meletak kenderaan dengan kadar khas RM10 untuk motosikal manakala kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori kecil RM20 manakala bas dan lori (RM50).

Bagi kesalahan penjaja, lesen dan lain-lain yang tidak melibatkan warga asing kadar khas ditawarkan adalah sebanyak RM100.







Menurut hantaran itu, kadar khas berkenaan tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam, kes am di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan UUK Pasar Borong (WPKL) 2002, mengambil bekerja mana-mana warga asing tanpa permit kerja sah di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, mengambil bekerja mana-mana warga asing di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Kesalahan lain yang tidak terpakai adalah di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta (Perancangan) WP 1982 serta kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Orang ramai boleh menyemak dan membayar melalui aplikasi Pay@KL, menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 8 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 9 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 6 mins ago