Translate

14 February 2024

Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu



Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu

Bernama

Februari 14, 2024
Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu. - Gambar fail

Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu

Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, barisan kepimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.

"Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur," katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah hari ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:

Johor: Aminolhuda Hassan




Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris




Kelantan: Adly Zahari




Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat




Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman




Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly




Perak: Datuk Asmuni Awi




Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim




Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil




Sabah: Lahirul Latigu




Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili




Selangor: Izham Hashim




Terengganu: Mohd Hasbie Muda




Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad

- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED