Translate

02 March 2023

Bendahari Agung Bersatu, Datuk Mohamed Salleh Bajuri ditahan reman SPRM

Bendahari Agung Bersatu ditahan SPRM

Astro Awani

Mac 2, 2023




Bendahari Agung Bersatu ditahan SPRM

Menurut sumber, Mohamed Salleh ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Salleh Bajuri ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Menurut sumber, Mohamed Salleh ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan.

Tambah sumber itu lagi, pemimpin parti itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan.



“Beliau ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan kes.

"Bagaimanapun kita menjangkakan tempoh reman terhadapnya yang tamat hari ini akan disambung, tetapi bergantung kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.

Sementara itu, Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 11 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 17 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Chandubatla viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 2 hrs 6 mins ago