Translate

03 February 2022

King, Queen welcome birth of grandchildren

Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar cucunda baharu diputerakan

Bernama
Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar cucunda baharu diputerakan
Kedua-dua bayi berkenaan didukung Seri Paduka menerusi gambar yang dimuat naik, diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser dan Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad. - Sumber foto FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka Berdua yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Istana Negara dalam perkongsian di Facebook turut berkongsi nama kedua-dua cucunda Seri Paduka Berdua.
Kedua-dua bayi berkenaan didukung Seri Paduka menerusi gambar yang dimuat naik, diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang diputerakan Isnin lepas, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad, semalam.
Agong, cucunda
etinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini. - Sumber foto FB Istana Negara
Menurut Istana Negara, Tengku Nuh Muhammad Shah adalah anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala Tengku Aleya Norlini pula adalah anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED