COVID-19: Malaysia rekod 9,117 kes baharu, 11 korban hari ini
ASTRO AWANI
Februari 5, 2022
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 terus merekodkan peningkatan dengan 9,117 kes dilaporkan hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu terus melonjak apabila 9,117 kes baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.
Pertambahan kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik di negara kini sebanyak 2,904,131 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, COVID-19 juga meragut 11 nyawa berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 32,011 kes.
Daripada jumlah itu juga, sebanyak empat kes kematian Brought In Dead (BID) yang dilaporkan.