Translate

19 February 2022

Covid-19 Malaysia: 27,808 New Cases on 18 February, 103 Cases in Categories 3, 4,5

 

Kenyataan Akhbar KPK 19 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 18 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU)Tig (3) negeri iaitu Johor (70%), Perlis (64%) & W.P Kuala Lumpur (59%) menunjukkan peratusan pengisian > 50%;
  • Katil bukan ICU: Lapan (8) negeri iaitu Kelantan (108%), Johor (105%), Perak (104%), Perlis (93%), Selangor (95%), Sabah (85%), WP Kuala Lumpur (76%) dan WP Putrajaya (66%) menunjukkan peratusan pengisian > 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC):  Sembilan (9) negeri iaitu Perak (86%) Selangor (80%), Negeri Sembilan (69%), Terengganu (62%), Kelantan (60%), Sabah (59%), Pulau Pinang (54%), Perlis (54%) & Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 132 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36%.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Seperti dilihat di Jadual 3, terdapat kes COVID-19 kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan secara pre-emptive ke PKRC dan hospital.

Secara keseluruhannya kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 Februari 2022:

  • Kes sembuh: 12,488 kes [2,900,682 kes kumulatif (91.6%)];
  • Kes baharu : 27,808 (3,166,023 kes kumulatif);
  • Kes import : 119 kes [60  warganegara (50.4%); 59 bukan warganegara (49.6%)];
  • Kes tempatan : 27,689 kes [27,057 warganegara (97.7%); 632 bukan warganegara (2.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 235 kes (92 kes disahkan COVID-19; 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 132 kes (55 kes disahkan COVID-19; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes    dalam siasatan).

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,692 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,206 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 486 kluster.

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,808 kes harian yang dilaporkan pada 18 Februari 2022:

  • 103 kes (0.37 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 27,705 kes (99.63 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes harian yang dilaporkan:

  • Kategori 1 : 7,773 kes (27.95%);
  • Kategori 2 : 19,932 kes (71.68%);
  • Kategori 3 : 49 kes (0.18%);
  • Kategori 4 : 31 kes (0.11%); dan
  • Kategori 5 : 23 kes (0.08%).

Daripada 103 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 18 Februari 2022:

  • 43 kes (41.75%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 41 kes (39.81%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
  • 19 kes (18.45%) telah menerima dos penggalak;
  • 50 kes (48.54%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 44 kes (42.72%) mempunyai comorbid;
  • kes (0.97%) adalah kes ibu mengandung; dan
  • 16 kes (15.53%) telah meninggal dunia, termasuk 9 (8.74%) kes brought-in-dead (BID).

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 17 Februari 2022

NEGERINILAI RT
WP Labuan1.99
Sarawak1.50
Sabah1.47
Perlis1.44
Kedah1.41
Pulau Pinang1.39
Terengganu1.37
Kelantan1.36
Selangor1.32
Negeri Sembilan1.30
Pahang1.29
WP Kuala Lumpur1.29
Johor1.27
WP Putrajaya1.27
Perak1.23
Melaka1.21
MALAYSIA1.27

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 168 kes baharu Variant of Concern (VOC)  telah dilaporkan daripada 13 Februari 2022 sehingga 19 Februari 2022 yang terdiri daripada 33 kes varian Delta dan 135 kes varian Omicron.  Institute of Health and Community Medicine, (IHCM, UNIMAS) telah mengenalpasti 92 kes baharu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 39 kes baharu, manakala Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 37 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 7,754 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,734 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,537 kes varian Delta;
  • 950 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, andSeek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Februari 2022 @ 10.00 pagi


Lampiran 1

Jadual 4Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Lampiran 2



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED