Translate

31 August 2021

Semua ADUN Perak diarah jalani kuarantin selepas seorang daripada mereka positif Covid-19

Mohd Akmal berkata, wakil rakyat kerajaan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19. - Gambar fail

Semua ADUN Perak diarah jalani kuarantin selepas seorang daripada mereka positif Covid-19
Astro Awani
31/8/2021

IPOH: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam dikehendaki menjalani kuarantin kendiri selepas seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, wakil rakyat kerajaan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19.

Menurutnya, individu tersebut mula mengalami simptom demam sejak malam tadi sebelum menjalani ujian PCR bagi tujuan pengesahan.

"Ujian PCR menunjukkan ADUN berkenaan disahkan positif dan dengan keputusan itu, semua yang terlibat pada Persidangan Dewan Negeri Isnin lalu telah diarahkan menjalani kuarantin diri bermula hari ini bagi tujuan keselamatan.

"Arahan ini termasuklah kepada Speaker, petugas DUN dan semua pegawai khas ADUN yang berada dalam Dewan Negeri," katanya hari ini.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Abdul Manaf Hashim berkata, ADUN terbabit menjalani ujian PCR pagi tadi.

Beliau berkata, mereka belum dimaklumkan lebih lanjut berhubung tempoh kuarantin.

"Tak tahu lagi berapa lama (kuarantin), tetapi kami kena buat ujian calitan dulu, mungkin dalam masa empat lima hari, tapi kalau ada simptom, kena buat ujian segera,” ujarnya.

Persidangan DUN Perak berlangsung selama empat hari bermula 25 Ogos lepas hingga semalam dengan mengguna pakai konsep gelembung selepas mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-semua-adun-perak-diarah-jalani-kuarantin-317039



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ho chi minh city viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis tingkatkan keselamatan di kawasan tumpuan AF' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 32 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh denga' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kela' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 1 hr 57 mins ago