Sekumpulan 15 individu, termasuk pelajar sekolah, ditahan ketika leka berhibur di sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti. -Astro AWANI |
15 individu termasuk pelajar sekolah ditahan anjur parti liar
Astro Awani
30/8/2021
ALOR SETAR: Sekumpulan 15 individu, termasuk pelajar sekolah, ditahan ketika berhibur di sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti, dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya bertindak selepas menerima laporan bunyi bising muzik yang dipasang kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang dikerah ke lokasi berjaya menahan 11 lelaki dan empat perempuan dalam serbuan jam 3.30 pagi.
"Kesemua mereka berusia di antara 15 dan 22 tahun, dan kebanyakannya ialah remaja yang masih bersekolah.
Parti Liar | 15 remaja termasuk pelajar sekolah ditahan
Dalam serbuan itu, polis menjumpai satu paket plastik berisi empat biji pil berwarna ungu disyaki Ecstacy yang disembunyikan di bahagian dapur dalam premis tersebut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Daripada 15 tangkapan dibuat itu, lima daripada mereka didapati positif setelah ujian air kencing dilakukan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana positif methamphetamine.
Selain itu, menurut Ahmad Shukri, kesemua mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal menjaga penjarakan fizikal ketika berada dalam inap desa berkenaan.
Kompaun dikenakan mengikut Peraturan 16 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1988.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/15-individu-termasuk-pelajar-sekolah-ditahan-anjur-parti-liar-316805