Translate

31 August 2021

Lima Putera Raja Berkenan Zahir Titah Harapan Sempena Hari Kebangsaan

Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka

Lima Putera Raja berkenan zahir titah harapan sempena Hari Kebangsaan

BERNAMA
31/8/2021

KANGAR, 30 Ogos --Putera Raja dari lima negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan berkenan menzahirkan titah harapan berkaitan Malaysia secara dalam talian menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ malam esok.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Putera Raja terbabit ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan bersiaran di Facebook Live Suara Sunnah Channel, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, MAIPs dan YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

"Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan siaran itu bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Kebersamaan Putera-Putera Raja Melayu ini menzahirkan pandangan dan harapan menerusi acara ini amat mencerminkan rasa tanggungjawab, keprihatinan serta rasa cinta terhadap negara dan betapa pentingnya untuk kita sebagai warganegara tanpa mengira kedudukan, pangkat, bangsa, budaya termasuk agama untuk sama-sama mengekal dan mempertahan keamanan serta kemerdekaan negara," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut d' 21 mins ago
A visitor from Atyrau viewed 'Debris and Body Parts Found By Indonesian Search A' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Gadis OKU hilang selepas keluar bermain di taman p' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami ke' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 19 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 8 hrs 16 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 8 hrs 26 mins ago