Translate

31 August 2021

SPRM Pandang Serius Kegiatan Rasuah Doktor Untuk Sijil Vaksinasi tanpa terima suntikan.

Terdapat ahli Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia ditawarkan RM1,000 oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksin. - Gambar hiasan


SPRM pandang serius kegiatan rasuah doktor untuk sijil vaksinasi

BERNAMA
31/8/2021

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan berlakunya kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan dan jika ia benar-benar berlaku, perbuatan tersebut bukan saja menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan malah mencalarkan imej mereka.

"Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan namun akan menyiasat dan melakukan risikan ke lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia Dr Steven Chow pada Rabu mendakwa beberapa ahlinya ditawarkan RM1,000 oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksin.

Menurut Dr Steven, tidak semua individu yang membuat tawaran itu adalah golongan antivaksin malah terdapat segelintir yang memerlukan sijil berkenaan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh segera.

Susulan pendedahan itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Prof Datuk Dr M Subramaniam semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan media berkenaan beberapa individu cuba merasuah doktor untuk mendapatkan sijil digital lengkap vaksinasi COVID-19 tanpa disuntik vaksin.

Azam dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku tersebut untuk menghubungi SPRM di talian utama (hotline) 1-800-88-6000 atau portal aduan rasuah di portaladuan.sprm.gov.my.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 27 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 8 hrs 6 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 19 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 29 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 8 hrs 36 mins ago