Translate

28 August 2021

Pemilik kilang dengan pekerja asing diminta menjadikan kilang mereka sebagai PPV



Kilang boleh jadi PPV kepada pekerja mereka - PM


Astro Awani
28/8/20qa21

BERA: Semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing diminta menjadikan kilang mereka sebagai tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu bertujuan mengelak berlaku kesesakan seperti yang tular di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini yang melibatkan pekerja asing.

Katanya, perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkaitan.

"Kilang-kilang yang mempunyai pekerja asing ini mereka perlu jadikan kilang mereka tempat memberikan vaksin, jadi pekerja asing tak perlu keluar, beratur dekat stadium atau mana-mana.

"Kita takut melihat situasi yang berlaku di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini... sediakan tempat vaksin di kilang, jadi mereka tak payah keluar," katanya.

Tambah Ismail Sabri, kilang juga turut dicadangkan untuk membeli sendiri vaksin untuk pekerja mereka dan memberi suntikan vaksin di dalam kawasan kilang masing-masing.

Menurut beliau, ini kerana jika 80 peratus pekerja mereka sudah lengkap menerima dua dos, kilang tersebut dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan Eksasais Para Predator Siri 1 Briged 10 Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Batu Bor, Bera, Pahang.

Kira-kira 1,900 pegawai dan anggota bersama 150 aset logistik terbabit dalam eksasais selama 14 hari itu.

Turut hadir Panglima ATM,Tan Seti Affendi Buang ; Panglima Tentera Darat,Tan Seri Zamrose Mohd Zain dan KSU Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED