Translate

30 August 2021

Timbalan Menteri Pendidikan II Alamin Positif Covid-19 dan Tidak Akan Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Datuk Mohamad Alamin

Mohamad Alamin tidak hadir istiadat angkat sumpah esok kerana positif COVID-19

Astro Awani
29/8/2021

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, beliau yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok tidak dapat berbuat demikian.

Mohamad berkata, beliau membuat ujian saringan RT-PCR semalam selepas tidak sihat dan demam.

"Ujian saringan PCR saya menunjukkan saya positif COVID-19. Justeru saya tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah timbalan menteri esok.

"Kini saya tidak lagi demam dan sedang menjalani kuarantin kendiri di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri beserta Timbalan-Timbalan Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Salah seorang timbalan menteri dalam Kabinet baharu itu ialah Mohamad yang memikul portfolio Timbalan Menteri Pendidikan II.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-esok-kerana-positif-covid19-316747


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 29 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 6 hrs ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 6 hrs 8 mins ago