Translate

30 August 2021

Pukul Bomoh: Empat Pengamal Perubatan Mengaku Tidak Bersalah

Empat pengamal perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini

Pukul bomoh: Empat pengamal perubatan mengaku tidak bersalah

Astro Awani
30/8/2021

KOTA BHARU: Empat pengamal perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, terhadap dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki, awal bulan ini.

Mohd Shamsul Izwan Midin, 33, Idrees Ishak, 42, Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Tertuduh yang juga peniaga didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ahmad Shahrill 'Ariff Zainol, 39, di sebuah inap desa di Kampung Huda, Kota Bharu jam 4 pagi pada 5 Ogos lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahril Ramli manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Azrul Hasyimi Mohammad yang memohon jaminan minimum.

Mahkamah kemudian membenarkan empat lelaki itu diberi jaminan sebanyak RM3,000 setiap orang dan masing-masing dengan seorang penjamin serta 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini dilaporkan, Polis Kelantan telah menerima satu laporan membabitkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'sihir 7 keturunan' dan santau yang tular di media sosial awal bulan ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berasal dari Kangar, Perlis dan datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pukul-bomoh-empat-pengamal-perubatan-mengaku-tidak-bersalah-316838











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairy arrested by Po' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 5 hrs ago