Translate

28 August 2021

Ziarah Kubur Di Luar Musim Perayaan Dibenarkan - MKN


Ziarah kubur di luar musim perayaan dibenarkan - MKN

BERNAMA
28/8/2021

KUANTAN, 28 Ogos -- Aktiviti ziarah kubur di luar musim perayaan adalah dibenarkan tertakluk pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata SOP larangan menziarahi kubur sebelum ini adalah dikaitkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi menjaga aspek penjarakan sosial kerana aktiviti itu merupakan tradisi pada perayaan berkenaan.

"... dalam keadaan luar perayaan, ziarah kubur tidak menjadi satu isu dan dibenarkan. Yang penting ialah setiap mereka yang berziarah mestilah memastikan jarak fizikal satu meter diamalkan dan pemakaian pelitup muka," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Rodzi berkata mereka yang menziarahi kubur juga diingatkan untuk menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED