Translate

28 August 2021

#Covid-19 Malaysia 28/8 : 252 New Deaths | New Cases- 22,597 | Active- 268,548 |Total - 1,685,510 |

Kenyataan Akhbar KPK 28 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,492 kes (1,401,160 kes kumulatif, 83.1%);
  • Kes baharu : 22,597 kes (1,685,510 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (3 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 22,585 kes [18,677 warganegara (82.7%);  3,908 bukan warganegara (17.3%)];
  • Kes aktif : 268,548 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):986 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 451 kes;
  • Kes kematian : 252 kes [15,802 kes kumulatif, 0.94%;
  • 215 warganegara, 37 bukan warganegara;
  • 32 kes BID (21 warganegara; 11 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,647 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,179 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,468 kluster.

Daripada 22,597 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 468 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 22,129 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 17,345 kes (76.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 252 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 91 kes di Selangor, 46 kes di Johor, 26 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Kedah, masing-masing 17 kes di Sabah dan Pulau Pinang, 13 kes di Melaka, tujuh (7) kes di Perak, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Negeri Sembilan, dua (2) kes di Kelantan dan satu (1) kes di Perlis.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 27 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 27 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.23), diikuti oleh Perlis (nilaiRT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.18). Terdapat enam (6) negeri yang mencatatkan nilai RT kurang daripada 1.0 iaitu Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PROSEDUR KEMASUKAN PENGEMBARA DARI PINTU MASUK ANTARABANGSA (PMA) JOHOR

Dengan mengambilkira jumlah kemasukan pengembara yang tinggi melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Johor, maka permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman akan diproses oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Semua permohonan perlu dikemukakan kepada cprcjknj@moh.gov.my ; sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum ketibaan ke Malaysia. Pengembara juga perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 menggunakan ujian RT-PCR COVID-19 selewat- lewatnya tiga (3) hari sebelum berlepas.

Penilaian   risiko   terhadap   pengembara dibuat berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman akan dijalankan. Rumah atau tempat kediaman boleh dipertimbangkan untuk   dijadikan   sebagai   tempat   kuarantin   wajib   sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia (termasuk PR, Malaysia As My Second Home Resident – MM2H dan pekerja);
  2. Negatif ujian RT-PCR COVID-19;
  3. Pengembara yang telah menerima vaksinasi COVID-19 lengkap; dan
  4. Rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian.

Individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan [seperti Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)], individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan [seperti COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino)], individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Semua pengembara perlu menjalani penilaian kesihatan dan ujian RT-PCR COVID-19 sekali lagi semasa ketibaan di PMA.

Bagi pengembara yang bergejala ringan dikehendaki menjalani ujian pengesanan COVID-19, RTK-Antigen atau RT-PCR. Sekiranya ujian RTK-Antigen positif, buffer solution dihantar ke makmal untuk ujian PCR. Pengembara ini dibenarkan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman dan tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan ujian. Manakala, bagi pengembara yang mengalami gejala sederhana / teruk akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan tindakan selanjutnya adalah berdasarkan kepada penilaian kesihatan dan keputusan pakar.

Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah 14 hari. Namun begitu, tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama 7 hari lagi (menjadikan jumlah kuarantin 21 hari) sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko terhadap pengembara tersebut yang dijalankan pada hari ke-14. Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di tempat kediaman, rumah, atau stesen kuarantin yang sama.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 22,597 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR5,8144152,74432,652
SABAH2,834521,7501,032
SARAWAK2,4273001,8042321
KEDAH2,162621,344756
PULAU PINANG1,9202445721,104
JOHOR1,8965517351609
KELANTAN1,28968837384
WP KUALA LUMPUR1,1111194696517
PERAK1,061129427505
TERENGGANU73943548148
PAHANG5796342789
NEGERI SEMBILAN34556 156 133
MELAKA2693891140
PERLIS98213047
WP PUTRAJAYA483216
WP LABUAN541
JUMLAH KESELURUHAN22,5972,16111,970128,454

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 28 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Merak MuarTempat KerjaJohorMuar1596
2Jalan Jeram MasjidTempat KerjaJohorMuar3852
3Industri SILC SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru32140
4Industri Seroja EmpatTempat KerjaJohorKulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi30399
5Industri Seelong 89Tempat KerjaJohorKulai23493
6Industri Sri Lalang KluangTempat KerjaJohorKluang262438
7Tapak Bina Kota EmeraldTempat KerjaSelangorGombak70221
8Tapak Bina Persiaran Rimba Cyber 10Tempat KerjaSelangorSepang21107
9Industri Jalan Padang GajahTempat KerjaSelangorKuala Selangor5776
10Industri Jalan Sungai Buaya Kampung JenjaromTempat KerjaSelangorKuala Langat66203
11Jalan Usahawan U1Tempat KerjaSelangorPetaling, Klang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor4041
12Tapak Bina Jalan Bukit Anak TukunTempat KerjaSelangorGombak5086
13Tapak Bina Jalan Desa PutraTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa80135
14Tapak Bina Jalan Panah 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai24669
15Jalan Udang Harimau DuaTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong2729
16Pasar Sayur KemuntingTempat KerjaPahangKuantan8118
17Industri Tanjung ApiTempat KerjaPahangKuantan27640
18Tapak Bina GambangTempat KerjaPahangKuantan10465
19Pin SupuTempat KerjaSabahKinabatangan34129
20Industri Lintang Kampung JawaTempat KerjaPulau PinangBarat Daya22286
21Ladang Hijau 01Tempat KerjaSarawakBeluru19209
22KM 9 Jalan Kuala KraiTempat KerjaKelantanKota Bharu1319
23Industri Ringan Sungai SiputTempat KerjaPerakKuala Kangsar3452
24Kampung KeterehKomunitiKelantanKota Bharu914
25Taman BaktiKomunitiKelantanPasir Mas1729
26Chabang Tiga ChetokKomunitiKelantanPasir Mas720
27Kampung Pangkal KalaKomunitiKelantanPasir Mas911
28Taman Harmoni Kampung TongKomunitiKelantanPasir Mas2864
29Kampung SimpokKomunitiSarawakSerian102150
30MerajangKomunitiSarawakLimbang2574
31Sibuluh -NowangKomunitiSarawakBau69145
32Kampung Erong MelintangKomunitiPerakBagan Datuk, Hilir Perak, dan Batang Padang2584
33Kampung PerlokKomunitiPahangJerantut dan Temerloh20101
34LimaKomunitiSabahNabawan62136
35Jalan Seri TanjungKomunitiSelangorSabak Bernam1835
36Jalan Denai Satu KempasKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru5793


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 27 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.23
 PERLIS1.21
SABAH1.18
PULAU PINANG1.13
JOHOR1.08
KELANTAN1.06
PERAK1.06
KEDAH1.04
TERENGGANU1.03
PAHANG1.01
MELAKA0.99
SELANGOR0.96
WP KUALA LUMPUR0.83
NEGERI SEMBILAN0.79
WP PUTRAJAYA0.78
WP LABUAN0
MALAYSIA1.01

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED