Translate

30 August 2021

'Maaf Atas Kekhilafan Saya Dalam Isu Liga Super' - Ahmad Faizal

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf atas kekhilafannya dalam video tular berhubung isu Liga Super, baru baru ini. - Gambar fail

'Maaf atas kekhilafan saya dalam isu Liga Super' - Ahmad Faizal

Astro Awani
30/8/2021

PUTRAJAYA: 'Saya minta maaf atas kekhilafan saya mengenai video yang tular itu'.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang media pertamanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Isnin.

"Pertama sekali, saya rasa bersyukur, kerana apa yang saya katakan itu adalah sebelum saya angkat sumpah sebagai Menteri KBS. Apa yang saya katakan itu merupakan kekhilafan, kesilapan dan kurang cerdik.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. Saya faham perkara itu tidak seharusnya saya sebut di atas kesilapan itu yang telah mengakibatkan satu perdebatan di sosial media.

"Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulilah, saya telah belajar dari kesilapan itu, hari ini saya mengangkat sumpah sebagai Menteri KBS dan saya perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dikatakan secara terbuka," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu lagi, perkara berkenaan amat dikesali dan tidak akan berlaku lagi.

Fokusnya, kata Ahmad Faizal, ketika ini adalah untuk melihat mutu bola sepak negara dapat dipertingkatkan.

Terdahulu, Ahmad Faizal dalam satu video yang tular di laman sosial antara lain mendakwa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang mempertimbangkan untuk membuka saingan Liga Super pada musim depan kepada 16 pasukan berbanding 12 pasukan ketika ini.

Video yang tular di media sosial itu dipercayai telah mencetuskan perdebatan hebat kalangan netizen yang mendakwa Ahmad Faizal memberi bayangan pasukan Bola Sepak Perak atau lebih dikenali sebagai The Bos Gaurus berkemungkinan akan terus kekal beraksi dalam Liga Super.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-sukan/maaf-atas-kekhilafan-saya-dalam-isu-liga-super-ahmad-faizal-316891


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 5 hrs 6 mins ago