Translate

31 August 2021

Abdul Karim Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif SATU

Abdul Karim Endut

Abdul Karim dilantik Ketua Pegawai Eksekutif SATU

BERNAMA
31/8/2021

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos -- Ketua Perkhidmatan Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Karim Endut, 51, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) yang baharu.

SATU dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Abdul Karim yang berkuat kuasa 1 Sept ini, adalah bagi mengambil alih tempat Ir Atemin Sulong yang tamat tempoh perkhidmatan pada 24 Julai lepas.

Menurutnya Abdul Karim mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam pengurusan operasi perkhidmatan air, teknikal dan penyelenggaran air, pengagihan dan pengurusan loji rawatan air di beberapa konglomerat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Sebelum dilantik menerajui SATU, Abdul Karim adalah Ketua Perkhidmatan Operasi yang mengawal selia perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan aset di Air Selangor.

"Siswazah Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bahan (Chemistry-Polymer) dari Universiti Henri Poincare, Perancis itu juga telah berkhidmat di beberapa syarikat korporat yang lain antaranya Konsortium Air Selangor di bawah KDEB Group, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), ONDEO Services(M) dan SUEZ Group," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi SATU berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Abdul Karim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.

"Saya yakin Abdul Karim berupaya menerajui SATU ke arah perubahan pengoperasian dan amalan yang lebih baik serta berkesan dan mampu menjadikan SATU sebagai sebuah syarikat korporat terbaik di Terengganu", katanya.

SATU ialah anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc yang ditubuhkan pada 18 Nov 1997.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 3 hrs 52 mins ago