Translate

29 August 2021

#Covid-19 Malaysia 29/8 : 285 New Deaths | New Cases- 20,579 | Active- 267,997 |Total - 1,706,089 |

Kenyataan Akhbar KPK 29 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,845 kes (1,422,005 kes kumulatif, 83.4%);
  • Kes baharu : 20,579 kes (1,706,089 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (4 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,572 kes [17,106 warganegara (83.2%);  3,466 bukan warganegara (16.8%)];
  • Kes aktif : 267,997 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,009 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 477 kes;
  • Kes kematian : 285 kes [16,087 kes kumulatif, 0.94%;
  • 240 warganegara, 45 bukan warganegara;
  • 51 kes BID (30 warganegara; 21 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,673 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,203 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,470 kluster.

Daripada 20,579 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 455 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,124 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 285 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 110 kes di Selangor, 50 kes di Johor, 46 kes di Sabah, 22 kes  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Pulau Pinang, lapan (8) kes di Perak, masing-masing tujuh (7) kes di Terengganu dan Kelantan, lima (5) kes di Kedah, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan dan Pahang, serta masing-masing dua (2) kes di Perlis, Melaka, dan Sarawak.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 28 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 28 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.25), diikuti oleh Perlis (nilai1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Pahang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,579 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,5912592,442 –1,890
SABAH2,578301,6051942
SARAWAK2,5222411,769 –512
JOHOR1,852322933 –597
KEDAH1,755421,089 –624
PULAU PINANG1,378117440 –821
KELANTAN1,31641915 –360
PERAK1,208297377 –534
PAHANG839147567 –125
TERENGGANU78915612 –162
WP KUALA LUMPUR680132855377
MELAKA636302228 –106
NEGERI SEMBILAN329115136 –78
 PERLIS56228 –26
WP PUTRAJAYA4831 –17
WP LABUAN211
JUMLAH KESELURUHAN20,5791,96311,43777,172

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri TahanaTempat KerjaJohorJohor Bahru89316
2Industri Istimewa SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru30102
3Jalan Parit Bakar DaratTempat KerjaJohorMuar29187
4Jalan Perindustrian EmpatTempat KerjaJohorKulai2098
5Industri Lapangan SatuTempat KerjaJohorKulai11166
6Industri I-Park 59Tempat KerjaJohorKulai10137
7Industri Jalan TaipingTempat KerjaSelangorPetaling3147
8Industri Jalan P10/16Tempat KerjaSelangorHulu Langat dan Kuala Langat3048
9Industri Jalan Korporat 1ATempat KerjaSelangorKlang29196
10Industri Jalan KPK SetengahTempat KerjaSelangorGombak2270
11Jalan Industri Tiga JelapangTempat KerjaPerakKinta109237
12Industri Perusahaan Tiga BuntarTempat KerjaPerakKerian82466
13Jalan Perusahaan SembilanTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama31137
14Jalan Masjid Lama Bandar Pasir MasTempat KerjaKelantanPasir Mas819
15Jalan Kuarters PegawaiTempat KerjaKelantanPasir Puteh740
16Jalan IntisariTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong863
17Industri Jalan PK 34Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah80199
18Tapak Bina Rimbun 2Tempat KerjaNegeri SembilanSeremban67183
19Industri Dua Bukit PanchorTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan39296
20Bandar Baru MukahTempat KerjaSarawakMukah dan Dalat38109
21Jalan Pauh Lima GunongKomunitiKelantanBachok dan Pasir Puteh4251
22Aring SatuKomunitiKelantanGua Musang2023
23Kampung Limau PurutKomunitiKelantanPasir Mas612
24KamanKomunitiSarawakBau63149
25Kampung Batu Kitang JayaKomunitiSarawakKuching3455
26Langat MurniPendidikan LainSelangorKuala Langat1725


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 28 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.25
 PERLIS1.21
SABAH1.16
PULAU PINANG1.12
JOHOR1.08
KEDAH1.05
PERAK1.05
TERENGGANU1.05
KELANTAN1.04
PAHANG0.99
SELANGOR0.96
MELAKA0.96
WP KUALA LUMPUR0.83
WP PUTRAJAYA0.82
NEGERI SEMBILAN0.79
WP LABUAN0
MALAYSIA1.01

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED